PEKDIS adalah
singkatan bagi Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah
Malaysia. Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia mula
ditubuhkan pada tahun 2005.
Yang Di Pertua PEKDIS yang pertama adalah Yang Berbahagia Tuan Haji Ab. Razak bin Draman, Pengarah, Bahagian Dakwah dan Kepimpinan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), KPM. Alamat pertubuhan ini pada ketika itu ialah di Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur.
Pengerusi PEKDIS bagi setiap cawangan pula merupakan ketua sektor pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri.
LOGO
LOGO RASMI
PEKDIS ini telah direkacipta oleh Ustaz Jalaluddin bin Haji Mispan @ Mislan.
Beliau merupakan JOHAN Pertandingan Merekacipta Logo PEKDIS peringkat
kebangsaan yang telah dianugerahkan pada 26 Julai 2008 .
KETERANGAN LOGO:
Konsep jarum
berjumlah 16 batang mewakili 16 buah negeri dalam Malaysia (termasuk Wilayah
Persekutuan Labuah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) yang menjadi ahli dalam
pertubuhan ini.
Jarum bersifat tajam menggambarkan setiap pendakwah seharusnya berfikiran tajam, kreatif dan kritis dalam usaha memartabatkan agama Islam dan seolah-olah bercahaya adalah bermaksud usaha berdakwah dapat memberi ‘nur’ keimanan kepada sesiapa sahaja.
Jumlah 3 titik
bagi mewakili :
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Jabatan Pelajaran Negeri /
Bahagian dan
- Pejabat Pelajaran Daerah di
seluruh Negara.
Huruf ‘PA’
membawa maksud singkatan bagi akronim ‘PEKDIS’ (Pertubuhan Kegiatan Dakwah
Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia) yang juga membawa erti pengurusan pendidikan
Islam, pendakwah serta pendidik yang sentiasa berkhidmat di mana saja dalam
memberikan bimbingan kepada anak bangsa.
Perkataan
‘PEKDIS’ ditulis dalam tulisan jawi bagi memartabatkan dan melambangkan
kecintaan terhadap tulisan warisan bangsa melayu yang tidak akan hilang ditelan
zaman dan perkataan ‘PEKDIS’ ditulis dalam tulisan rumi bagi melambangkan
Bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi Negara.
VISI
Kegiatan Dakwah Berkualiti, Guru Pendidikan Islam Bestari
MISI
Melestarikan dakwah yang berkualiti untuk membangunkan potensi Guru
Pendidikan Islam bagi memenuhi aspirasi Ummah
TUJUAN
1. Memperkukuhkan kegiatan dakwah melalui usaha
memantapkan profesionalisme Guru Pendidikan Islam (GPI).
2. Membantu pelaksanaan aktiviti dakwah dan kokurikulum Pendidikan
Islam di sekolah.
3. Mendukung wadah pengikat ukhuwah Islamiah kepada semua Guru
Pendidikan Islam melalui perkongsian idea dan pengalaman di semua peringkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan