،السلام عليكم ورحمة الله وبركة
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. PEKDIS cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Inovasi Malaysia (INOMA), dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) telah berjaya melaksanakan Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta (i-Reka) Peringkat Kebangsaan 2018 pada 21 November 2018.
Program ini adalah merupakan program pertama dan julung kalinya dilaksanakan dan akan menjadi program dwitahunan. Pertandingan Inovasi ini merupakan salah satu alternatif untuk memupuk daya kreativiti dalam kalangan inovator di pelbagai peringkat. Melalui program ini juga diharapkan akan dapat memupuk budaya berinovasi dalam kalangan pendidik dan menjadikanya suatu motivasi untuk sentiasa menghasilkan sesuatu demi kemenjadian murid.
Pertandingan ini berobjektif dalam:
Berikut merupakan beberapa gambar yang telah dirakam:
Pertandingan ini berobjektif dalam:
- Menjadi platform untuk pertukaran idea dan maklumat dalam kalangan penyelidik dan ahli akademik
- Menyediakan penemuan (findings) dan mengemaskini isu-isu berkaitan pendidikan masa kini selaras dengan konsep Pembelajaran Abad ke-21.
- Menghasilkan penerbitan dalam bentuk prosiding untuk dikongsi bersama masyarakat akademik dan bukan akademik.
Berikut merupakan beberapa gambar yang telah dirakam:
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan