Keahlian & Bayaran Tahunan


Keahlian PEKDIS
Semua Guru Pendidikan Islam perlu menjadi ahli pertubuhan bagi mendokong dan membantu aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah sekolah-sekolah serta menjaga kebajikan dan kepentingan perkhidmatan masing-masing. 

Ahli biasa adalah terbuka kepada: 
  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Institusi-institusi pengajian kerajaan dan bantuan kerajaan.
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berpencen.
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Pelajaran Bahagian.
Setiap ahli akan diberikan kad keahlian.

Yuran Keahlian
Yuran tahunan ialah sebanyak RM12.00 dan hendaklah dibayar kepada bendahari Cawangan selewat-lewatnya pada 28 Februari setiap tahun.

Bagi SEMUA AHLI PEKDIS Melaka SAHAJA dikenakan bayaran RM20.00 setahun sepertimana yang telah dipersetujui oleh semua ahli di dalam Mesyuarat Agung PEKDIS Melaka Kali Ke-7 yang telah dilaksanakan pada tahun 2012.


Berikut adalah pecahan bayaran tahunan tersebut:


RM20.00

1. RM 12.00- Yuran Keahlian
2. RM8.00 - Khairat PEKDIS Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan