،السلام عليكم ورحمة الله وبركة
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Program Kecemerlangan Subjek Pendidikan Islam bagi Pelajar Tingkatan 4 Peringkat Negeri Melaka 2018 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Peperiksaan SPM merupakan ujian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia. Penilaian menggunakan item KBAT telah dilaksanakan secara menyeluruh dalam ujian yang dijalankan khususnya bagi matapelajaran Pendidikan Islam.
Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) dengan kerjasama PEKDIS Melaka telah mengambil inisiatif mengadakan satu program khas pada 15 Ogos 2018 yang disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4 kategori cemerlang dari SMK, SMKA, SABK, KAA dan SBPI Selandar.

Objektif program ini adalah:
- Memastikan mereka mempunyai persiapan yang cukup dan mendapat pendedahan awal berkaitan item KBAT yang terkandung di dalam peperiksaan tersebut.
- Program kecemerlangan ini juga diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru mata pelajaran teknik penandaan terkini bagi mata pelajaran berkaitan.
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan