Ahad, Mac 17

Ibadah Korban: Pengerat Ukhuwah JPNM 2018

،السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) telah mengadakan Ibadah Korban: Pengerat Ukhuwah pada 23 Ogos 2018 dengan penglibatan semua warga JPNM, BTP dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Program ini telah dicadangkan oleh Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam. 

Ia adalah sewajarnya bagi warga JPNM untuk menjadi contoh dalam merealisasikan penghayatan ibadah ini. Justeru, program ini merupakan suntikan semangat kepada muslimin muslimat disamping dapat menggalakkan kepimpinan di sekolah-sekolah supaya melaksanakannya.

Selain itu, Ibadah Korban ini juga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim sesama warga JPNM serta memupuk nilai-nilai murni dan mengukuhkan lagi semangat sanggup berkorban apa sahaja, bekerjasama dan bersatu padu demi martabat agama, bangsa dan negara.


Pada tahun tersebut, JPNM telah menerima sumbangan seekor lembu daripada EXCO Pendidikan manakala seekor lagi perkongsian 7 bahagian antara warga JPNM. Pengarah JPNM berbesar hati untuk mengagihkan daging korban kepada warganya. Tidak dilupakan juga agihan kepada keluarga fakir dan miskin sekitar JPNM.

Semoga pelaksanaan program ini dapat dijalankan pada tahun-tahun yang mendatang dengan melibatkan lebih ramai lagi warga JPNM. 



...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan