Ahad, Mac 17

Ibadah Korban: Pengerat Ukhuwah JPNM 2018

،السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) telah mengadakan Ibadah Korban: Pengerat Ukhuwah pada 23 Ogos 2018 dengan penglibatan semua warga JPNM, BTP dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Program ini telah dicadangkan oleh Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam. 

Ia adalah sewajarnya bagi warga JPNM untuk menjadi contoh dalam merealisasikan penghayatan ibadah ini. Justeru, program ini merupakan suntikan semangat kepada muslimin muslimat disamping dapat menggalakkan kepimpinan di sekolah-sekolah supaya melaksanakannya.

Selain itu, Ibadah Korban ini juga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim sesama warga JPNM serta memupuk nilai-nilai murni dan mengukuhkan lagi semangat sanggup berkorban apa sahaja, bekerjasama dan bersatu padu demi martabat agama, bangsa dan negara.


Pada tahun tersebut, JPNM telah menerima sumbangan seekor lembu daripada EXCO Pendidikan manakala seekor lagi perkongsian 7 bahagian antara warga JPNM. Pengarah JPNM berbesar hati untuk mengagihkan daging korban kepada warganya. Tidak dilupakan juga agihan kepada keluarga fakir dan miskin sekitar JPNM.

Semoga pelaksanaan program ini dapat dijalankan pada tahun-tahun yang mendatang dengan melibatkan lebih ramai lagi warga JPNM. 



...

Isnin, Mac 4

Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta (i-Reka) Peringkat Kebangsaan 2018

،السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. PEKDIS cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Inovasi Malaysia (INOMA), dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) telah berjaya melaksanakan Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta (i-Reka) Peringkat Kebangsaan 2018 pada 21 November 2018. 

Program ini adalah merupakan program pertama dan julung kalinya dilaksanakan dan akan menjadi program dwitahunan. Pertandingan Inovasi ini merupakan salah satu alternatif untuk memupuk daya kreativiti dalam kalangan inovator di pelbagai peringkat. Melalui program ini juga diharapkan akan dapat memupuk budaya berinovasi dalam kalangan pendidik dan menjadikanya suatu motivasi untuk sentiasa menghasilkan sesuatu demi kemenjadian murid.

Pertandingan ini berobjektif dalam:

  1. Menjadi platform untuk pertukaran idea dan maklumat dalam kalangan penyelidik dan ahli akademik 
  2. Menyediakan penemuan (findings) dan mengemaskini isu-isu berkaitan pendidikan masa kini selaras dengan konsep Pembelajaran Abad ke-21. 
  3. Menghasilkan penerbitan dalam bentuk prosiding untuk dikongsi bersama masyarakat akademik dan bukan akademik.
Semua guru, pensyarah IPG, dan Universiti awam mahupun swasta merupakan sasaran kelompok bagi program ini. 

Berikut merupakan beberapa gambar yang telah dirakam:


...

Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) Peringkat Kebangsaan 2018

،السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Idea penganjuran Karnival Sukan PEKDIS telah dibincangkan dalam satu mesyuarat antara PEKDIS Cawangan Selangor bersama PEKDIS Pusat pada 12 September 2014 bertempat di Bilik Mawaddah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Satu Kertas Cadangan mengenai Karnival Sukan PEKDIS telah dibentangkan dalam mesyuarat Ketua-ketua Sektor di Cameron Highland pada 29 September 2014. 

Persetujuan telah dicapai oleh Ketua-ketua Sektor (Pengerusi PEKDIS Cawangan) terhadap penganjuran tersebut. Sehubungan dengan Karnival Sukan PEKDIS Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada tahun 2014 diteruskan pada tahun-tahun berikutnya sehingga tahun 2018.

Karnival Sukan PEKDIS ini berobjektif dalam: 
  1. Meningkatkan hubungan ukhuwwah dikalangan Guru Pendidikan Islam khususnya ahli PEKDIS.
  2. Memberi peluang dan ruang kepada Guru Pendidikan Islam melibatkan diri dalam bidang sukan.
  3. Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran Guru Pendidikan Islam dalam bidang kokurikulum.
  4. Memberikan pengalaman dan pengetahuan dalam penganjuran aktiviti sukan kepada jawatankuasa pengelolaan.
Pada tahun 2018, PEKDIS Melaka juga tidak melepaskan peluang menghantar kontinjennya ke Karnival ini  yang telah diadakan di negeri Terengganu pada 16 sehingga 19 Ogos 2018. 


...

Program Kecemerlangan Pendidikan Islam Pelajar Tingkatan 4 Peringkat Negeri Melaka 2018

،السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Program Kecemerlangan Subjek Pendidikan Islam bagi Pelajar Tingkatan 4 Peringkat Negeri Melaka 2018 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Peperiksaan SPM merupakan ujian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian  Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia.  Penilaian menggunakan item KBAT telah  dilaksanakan secara menyeluruh dalam ujian yang dijalankan khususnya bagi matapelajaran Pendidikan Islam.

Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka Sektor Pendidikan Islam (SPI),  Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) dengan kerjasama PEKDIS Melaka telah mengambil inisiatif mengadakan satu program khas pada 15 Ogos 2018 yang disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4 kategori cemerlang dari SMK, SMKA, SABK, KAA dan SBPI Selandar.

Objektif program ini adalah:
  1. Memastikan mereka mempunyai persiapan yang cukup dan mendapat pendedahan awal berkaitan item KBAT yang terkandung di dalam peperiksaan tersebut. 
  2. Program kecemerlangan ini juga diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru mata pelajaran teknik penandaan terkini bagi mata pelajaran berkaitan. 

...

Jumaat, Mac 1

Pencetus Ummah Junior 2018

،السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya dapat kami bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) menjayakan program Pencetus Ummah Junior yang telah dilaksanakan pada 29 Mac sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2018.

Pencetus Ummah Junior merupakan salah satu daripada program alternatif yang menjadi antara tarikan Karnival Pendidikan Melaka yang telah diadakan sejak 4 tahun yang lalu. Kecenderungan dan minat pelajar-pelajar khususnya golongan remaja menampakkan impak yang memberangsangkan semenjak pelaksanaan program ini. 

Program ini diadakan bertujuan untuk:
  1. Memberi pendedahan bagi menyerlahkan minat para remaja ke arah program kerohanian yang sedikit sebanyak mampu mempertingkatkan pembinaan sahsiah mereka
  2. Melahirkan remaja yang mampu menghayati keindahan agama Islam sebagai cara hidup dalam konteks yang lebih menyeluruh.
Para remaja, ibu bapa, guru-guru dan masyarakat setempat serta murid-murid merupakan antara kelompok-kelompok yang telah disasarkan bagi mencapai matlamat program ini.

Gambar menunjukkan juara Pertandingan Pencetus Ummah Junior Musim ke-4 menerima replika cek berjumlah RM600 daripada Pengarah Pendidikan Melaka, YBhg. Datuk Haji Abu Bakar bin Sahari 

Rabu, Februari 20

Jari Tajwid - Kuasai Asas Tajwid dengan 5 Jari

،السلام عليكم ورحمة الله وبركة

PEKDIS Melaka dengan kerjasama Genius Interfingers membawakan kepada anda Jari Tajwid - اصابع التجويد. 

Berkonsepkan pembelajaran PAK 21 secara online dan juga offline, Jari Tajwid bertujuan membantu meningkatkan penguasaan hukum tajwid hanya dengan penggunaan telefon pintar. 

Jari Tajwid ini dilengkapi penerangan dan contoh bacaan yang disertakan dengan audio yang berharga RM50.00 bagi setiap pembelian. 

Bagi mereka yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Ustaz Saffiruddin: +6 013 625 6255 @ Ustazah Hajah Khaslina: +6 012 611 3443


Hibah Takaful PEKDIS

،السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Alhamdulillah. PEKDIS Melaka telah berjaya mengadakan hibah Takaful buat ahli-ahli yang berminat.


Gambar menunjukkan majlis memeterai MOU di antara PEKDIS Melaka dan CEO Takaful 

Berikut merupakan antara pakej-pakej yang ditawarkan:

...


Selain itu, ahli juga boleh memperbaharui Roadtax kenderaan tanpa geran melalui Abangah Agency seperti yang tertera di dalam gambar 


Malah takaful kenderaan bagi ahli-ahli PEKDIS juga boleh didapati dengan menghubungi talian berikut: +6 019 242 6969.

Khairat PEKDIS 2018/2019

،السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Alhamdulillah setelah semua ahli bersepakat, bayaran bagi Khairat PEKDIS sesi 2019/2020 adalah mengikut ketetapan berikut:

Pecahan bayaran:
RM20.00

Merangkumi:

RM12.00 -Yuran Ahli
RM8.00 - Khairat PEKDIS Melaka


Di sini juga disertakan senarai nama penerima Khairat PEKDIS 2018

Senarai Nama Penerima Khairat PEKDIS 2018


Antara gambar-gambar penerima Khairat PEKDIS 2018
...

Takwim Aktiviti Dakwah 2019

،السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Berikut merupakan takwim bagi aktiviti-aktiviti dakwah PEKDIS Melaka yang bakal dilaksanakan pada tahun 2019 ini. 



Semoga dengan maklumat dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu menyemai rasa bersemangat dalam menyebarkan dakwah dan menegakkan syiar Islam dalam kalangan ahli serta menambahkan kefahaman murid-murid tentang agama Islam terutamanya di peringkat sekolah rendah dan menengah. InshaaAllah.


Jumaat, Februari 15

Sumbangan Derma, Tajaan dan Lain-lain

السلام عليكم ورحمة الله وبركة،

PEKDIS cawangan Melaka mengalu-alukan sumbangan derma dalam apa jua bentuk bagi menjayakan program-program Dakwah dan juga kecemerlangan akademik murid-murid di sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Melaka.

Sebagaimana termaktub dalam: UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PINDAAN 2008) PERKARA (6) dan (7)

(6) Menerima derma, tajaan dan sumbangan dengan syarat telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan atau lain-lain agensi yang berkaitan.

(7) Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kewangan di cawangan-cawangan PEKDIS seluruh negara dengan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di 
talian terus kami
TEL: 06-232 6732  atau EMAIL: spi@moe.gov.my